suria

Mengapa Memey sekeluarga bergegas balik kampung?

PELAKON Memey Suhaiza bergegas pulang ke kampung halaman di Kota Tinggi, Johor apabila menerima pesanan suara yang dihantar oleh ibunya di aplikasi Whatsapp.

Menerusi muat naik di laman Instagram, Memey mengakui hatinya tersentuh apabila mendengar pesanan suara tersebut.

"Tak boleh tahan, walaupun jauh perjalanan lebih 300 kilometer, demi mak tercinta, berdezup balik.

"Memang tak ada perancangan sebab tengah banyak kerja, anak pula tak cuti. Tapi bayangkan mak cakap macam tu tak tertahan lagi rasanya.

"Kalau ikutkan baru berkumpul adik-beradik baru-baru ini, tapi masuk bulan puasa ni mungkin mak rindu kenangan riuh anak-anak berebut makan," tulisnya di akaun @memeysuhaiza.

Memey Suhaiza, Norman Hakim


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi