suria

“Rindu ada... tapi tidaklah membuak-buak” - Atikah Suhaime

PELAKON Atikah Suhaime berkata kesibukan waktu dan jarak yang jauh bukan penghalang untuknya berhubung dengan tunang yang juga merupakan penyanyi iaitu Awi Rafael.

Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Suhaime, 27, perasaan rindu itu terubat dengan cara berhubung menerusi panggilan video di telefon bimbit.

"Kalau ada masa rehat dalam 15 minit saya akan telefon Awi, sekarang ni zaman dah canggih, boleh panggilan video.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan tanya Awi kisah silam saya,” pinta Atikah Suhaime

Atikah kerap berhubung dengan Awi menerusi panggilan video.

"Sebab itu saya kata perasaan rindu itu ada, tapi tidaklah membuak-buak. Kami enjoy dengan kerja dan percaya atara satu sama lain.

"Sekarang pun zaman dah canggih boleh panggilan video," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran filem di Indonesia.

Pelakon ini bertunang dengan penyanyi Awi Rafael pada 17 Mac lalu setelah lima bulan berkenalan.

Pasangan tersebut merancang untuk berkahwin pada Mac tahun depan.

Atikah lebarkan bakat lakonan di Indonesia.

Sementara itu, Atikah berkata, dia berasa lebih tenang selepas mengikat tali pertunangan itu.

"Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang sejak bertunang, dia banyak beri semangat terutama ketika saya rasa putus asa.

"Masa saya hilang arah tujuan dan tidak tahu mana nak pergi. Sekarang saya sudah nampak kembali jalan hidup dan arah kerjaya saya," katanya.

Atikah Suhaime, Awi Rafael


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi