suria

Alahai... Kasihan As'ad Motawh jatuh di pentas 'catwalk'

PENYANYI As'ad Motawh mengejutkan tetamu semasa pertunjukan fesyen PrimaValet Fashion Hub 2018 Raya Collection.

As'ad, 17, membuat persembahan tarian Green Alien Dance ketika penutup acara bersama barisan selebriti popular yang lain.

Akibat tersalah langkah, penyanyi lagu Senyum ini tiba-tiba tersungkur di atas pentas peragaan.

Menurut pengurusan BeeGood Music, penyanyi ini mengalami kecederaan terseliuh kaki kesan daripada kemalangan kecil itu.

Bagaimanapun, ia semakin pulih dan tidak membimbangkan.

Aksi tersungkur itu tular di laman sosial dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

Asad Motawh, PrimaValet


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi