suria

Anak umur 6 bulan, Amyra dah mula 'cuit' Amar waktu malam

DIKURNIAKAN cahaya mata sulung bernama Aqeef Anaqi yang kini berusia enam bulan, pelakon Amyra Rosli mendedahkan dia hanya tidur beberapa jam sahaja pada waktu malam.

Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 27, berkata, sebagai ibu dia sudah terbiasa menguruskan hal anak sehingga lewat malam dan tidak terbeban dengan tugas baharu itu meskipun sibuk dengan kerjaya lakonan.

"Apabila kita dah ada anak ni kehidupan memang berubah, pagi perlu kerja dan malam uruskan anak pula. Mujurlah Amar dan mama banyak membantu, jadi tidaklah terasa berat sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli Menangis Tinggal Anak 4 Hari

Keluarga bahagia.

"Kalau anak berjaga waktu malam, memang saya yang akan uruskan. Boleh dikatakan, sehari saya dapat tidur dalam tiga jam sahaja, lagipun saya memang ada masalah insomnia (kesukaran tidur)," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, isteri kepada Amar Baharin ini mengakui kerap membawa anak dan suami serta ibu menemaninya di set penggambaran.

"Kadang-kadang anak, suami dan ibu saya ikut pergi set penggambaran. Sebab dekat rumah pun tak ada buat apa, jadi tak salah mereka ikut sekali.

Pasangan romantik, Amar dan Amyra.

"Lagipun senang juga saya nak menyusukan anak bila dia ada dekat dengan saya. Amar pula akan ikut jika mempunyai masa lapang.

"Tambahan pula, kalau saya kerja memang ibu yang jaga Aqeef. Sebab itu bawa sekali mereka ke set," ujarnya.

Amyra dan Amar berkahwin pada November 2016 dan pasangan ini dikurniakan putera sulung pada 15 Oktober tahun lalu.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi