suria

Hairul ditegur sengaja buat hati Hanis Zalikha tak tenteram

PELAKON Hairul Azreen ditegur apabila sengaja mengundang rasa sedih isterinya, Hanis Zalikha dengan memuat naik sebuah video memaparkan momen indah mereka sekeluarga.

Lebih-lebih lagi apabila Hanis kini terpaksa berjauhan dengan suami dan anak mereka, Yusuf Iskandar kerana urusan kerja di luar negara.

Video dengan iringan muzik syahdu itu turut menyebabkan netizen sebak.

"Salam subuh mommy Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar rindu sangat, cepatla balik Malaysia,” tulis Hairul di Instagram.

Kesediahan itu turut dirasai rakan selebriti iaitu pelakon Nad Zainal.

"Kau buat video ni buat semua mak-mak stress tak mahu pergi kerja,” tulisnya.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi