suria

Berat badan turun mendadak, influencer kongsi rahsia makan dua sudu sahaja... Berhabis RM40,000 buat bariatrik

EMPAT bulan konsisten menjaga pemakanan dan melakukan senaman, pempengaruh media sosial dikenali sebagai Rifdi Amri berjaya menurunkan berat badan sebanyak 44 kilogram (kg) iaitu daripada 191 kepada 147 kg.

Kata Rifdi, dia juga sudah menghabiskan sebanyak RM40,000 untuk membuat pembedahan bariatrik yang turut membantu dalam usahanya meurunkan berat badan.

“Sebenarnya saya turunkan berat badan dalam masa empat bulan ini disebabkan pemakanan, gaya hidup saya ubah betul-betul. Ramai tahu saya buat bariatrik, tetapi tak terlalu bergantung kepada bariatrik sebab kalau tidak jaga makan, ubah gaya hidup pun berat tidak akan turun.

“Kalau cakap pasal harga daripada buat pembedahan, ia menghampiri RM40,000 tetapi saya tidak kisah sebab saya tahu rezeki ada dimana-mana. Saya percaya pada konsep duit boleh cari, kesihatan kalau ada duit banyak mana tapi kalau sakit tak guna,” katanya kepada mStar.

Kongsi Rifdi, pengambilan makanannya ketika ini sudah berubah dan hanya memerlukan sebanyak dua atau tiga sudu sahaja untuk satu hidangan.

“Kalau dulu memang betul saya makan agak banyak, sekarang makan dua atau tiga sudu sudah. Asalkan dapat rasa untuk cerita dekat orang tentang makanan itu sudah cukup,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi