Bukan Zamani seorang, Noryn Aziz pun panik 'ear monitor' buat hal - Video | mStar

Bukan Zamani seorang, Noryn Aziz pun panik 'ear monitor' buat hal

PENYANYI Noryn Azin berkata dia berhadapan situasi panik apabila 'ear monitor' yang dipakainya ketika persembahan pertama separuh akhir program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) Ahad lalu mengalami masalah.

Kata Noryn, alat itu didapati tidak berfungsi ketika menyanyikan lagu Dahsyat nyanyian asal kumpulan Mojo.

“Semasa menyanyikan lagu pertama, tiba-tiba saya tak dapat dengar sebelah. Sebab itu saya cuba betulkan receiver.

"Saya jadi panik ketika itu. Walaupun sudah practice dan tiba-tiba ia jadi begitu,” kata Noryn kepada mStar Online.

Noryn Aziz akui panik apabila in ear monitor gagal berfungsi dengan baik

Masalah teknikal seperti itu turut menghantui penyanyi Zamani apabila dia tidak dapat mendengar dengan jelas muzik lagu Dekat Padamu dan hanya berjaya menghabiskan separuh lagu yang dipopularkan oleh Yusry KRU itu.

Bercerita lanjut mengenai masalah itu, Noryn mengakui sedikit terganggu untuk meneruskan persembahan bagi tugasan kedua untuk menyanyikan lagu Cintaku 100% nyanyian asal Mas Idayu.

“Mula-mula memang rasa terganggu, saya takut ia terjadi lagi.

“Namun saya sedikit lega apabila pengurus dan pembantu memberi kata-kata semangat dan minta saya lupakan masalah itu," katanya.

Pentas akhir GV5 bakal melihat enam peserta iaitu Amelina, Zamani, Maya Ruslee, Noryn Aziz, Dia Fadilla dan duo Billy Zulkarnain berentap merebut gelaran juara.

noryn aziz , gv5

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel