suria

Peminat mencarut itu perkara biasa, anggap bahan jenaka - AG Coco

PEMUZIK AG Coco menyifatkan kata-kata kesat yang dilemparkan peminat ketika menyaksikan persembahan konsert sebagai situasi biasa yang sering berlaku.

Terbaharu, isteri AG iaitu Zuliana Eusoff yang turut sama menyaksikan konsert Hujan X Masdo terdengar sendiri kata-kata kurang sopan yang dilemparkan seorang peminat wanita.

Bagaimanapun AG atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz berkata dia tidak mengambil serius perkara berkenaan kerana menganggap ia adalah sebahagian daripada sesebuah persembahan.

Pendedahan Zue di Twitter

"Saya dengar juga tentang perkara ini tapi ia perkara biasa terjadi ketika mana-mana konsert.

"Situasi gadis-gadis yang menjerit ini boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada persembahan," katanya kepada mStar Online.

AG ditemui semasa sidang media Freedom Festival yang berlangsung di Bandar Malaysia KL pada Rabu.

Baru-baru ini isteri AG yang juga ahli kumpulan duo Hani & Zue berkongsi perkara itu di Twitter dan mendapat perhatian netizen.

Ag dan isterinya, Zue

Mengulas lanjut mengenai perkara itu AG berkata, isterinya juga sudah terbiasa dengan perkara berkenaan namun tidak menyangka ia terjadi di depan mata.

“Zue tak marah pun dan kami tak ada masalah kerana menganggap ia sekadar jenaka. Seronok sebenarnya tengok ragam manusia.

“Mungkin orang yang mencarut itu juga tidak tahu isteri saya ada di situ," katanya.

Sementara itu Freedom Festival yang bakal berlangsung pada 3 November ini menampilkan barisan artis terkenal yang akan membuat persembahan antaranya Yuna, Hujan, Masdo, Bittersweet dan ramai lagi.

ag coco


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi