suria

“Maaf, saya pun budak lagi... tapi tunjuk matang sikit” - Haqiem Rusli

PENYANYI Haqiem Rusli berkata isu salah faham yang berlaku antara dia dengan Asfan Shah menjadikannya lebih berhati-hati dalam meluahkan pandangan.

Menurut Haqiem, dia tidak berniat ingin menuduh Asfan menciplak lagu ciptaannya dan pandangannya itu telah disalah ertikan oleh beberapa pihak.

"Ada yang salah faham mengatakan saya menuduh Asfan ciplak lagu ciptaan saya, sedangkan saya tak bermaksud begitu.

Haqiem sudah membuat permohonan maaf.

"Saya dah minta maaf dan terangkan apa sebenarnya yang terjadi. Kami sudah okay dan tak mahu besarkan lagi isu ini, saya pun masih budak lagi," katanya kepada mStar Online.

Haqiem ditemui semasa tayangan program khas raya RTM 2018 di The Glasshouse@Seputeh, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam majlis tersebut, RTM memaparkan program istimewa yang akan disiarkan di TV1, TV2 dan saluran OKEY pada Syawal ini.

Sementara itu, Haqiem berkata dia turut terkilan dengan sikap sesetengah artis yang turut sama mengecam tindakannya itu.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online.

Haqiem Rusli, Asfan Shah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi