suria

Nazrief Nazri ada masa tiga tahun lagi penuhi impian ibu

PELAKON Nazrief Nazri memaklumkan dia hanya mempunyai masa sekurang-kurangnya tiga tahun sahaja lagi dalam memenuhi impian ibunya.

Menurut Nazrief, 27, ibunya iaitu Radziah Idris, 51, meletakkan sasaran waktu untuk dia melangsungkan perkahwinan.

"Ibu target saya kahwin sebelum usia 30 tahun. Jadi, saya fikir dalam setahun dua lagi mungkin saya akan tamatkan zaman bujang.

"Saya pun dah bersedia nak kahwin cuma tak pernah merancang secara rasmi lagi. kalau jodoh dah sampai saya terima sahaja," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, pelakon drama Air Mata Di Bumi Matador ini turut berkongsi pengalaman Ramadan yang tidak mungkin dilupakan.

Cerita Nazrief, ketika di zaman kanak-kanak, dia pernah menjadi bilal di sebuah masjid.

"Saya dulu tolong emak berniaga di bazar Ramadan. Gerai kami itu dekat dengan masjid dan sekolah saya.

"Saya diamanahkan oleh Ustaz untuk melaungkan azan setiap kali waktu maghrib dan itu antara pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya," katanya.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online.

Nazrief Nazri


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi