suria

Anak-anak Chow Kit busking dalam MRT

SELEPAS tiga dekad bergelar anak seni, pengacara terkenal iaitu Datuk Aznil Nawawi memberitahu sudah tiba masanya untuk dia menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil berkata, setelah puas mengecapi kejayaan dalam industri hiburan, dia kini mahu bergiat aktif dalam kerja amal.

"Yayasan Pesona merupakan sebuah badan amal yang ditubuhkan oleh saya bagi membimbing generasi muda agar suara mereka lebih didengari.

"Sekurang-kurangnya, apabila saya sudah tiada di dunia nanti, ada sesuatu yang saya tinggalkan untuk 'anak-anak' ini," katanya kepada mStar Online.

Aznil ditemui semasa program bersama 150 pelajar dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) menaiki Transit Aliran Massa (MRT) dan menikmati hidangan tengah hari di Restoran Sate Kajang Haji Sahmuri, pada Khamis.

Perjalanan menaiki pengangkutan awam itu bermula dari Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) di Jalan Tun Razak dan berakhir di Stesen MRT Stadium Kajang.

Dalam program itu pelbagai aktiviti dijalankan antaranya persembahan busking di sepanjang laluan berkenaan.

Berslogankan 'Suara Kita', program ini bertujuan untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik khususnya generasi muda.

Program ini merupakan inisiatif Yayasan Pesona yang diasaskan oleh Aznil yang telah dilancarkan pada 28 Februari lalu.

Sehingga kini Yayasan Pesona menerima 180 jemputan ke sekolah-sekolah yang turut mendapat publisiti dan promosi daripada laman sosialnya sendiri.

Pak Nil, Yayasan Pesona


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi