suria

Gaya ‘lit’ dan meletop selebriti di karpet merah AME 2018

MALAM Anugerah Meletop ERA 2018 (AME2018) telah berlangsung meriah di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad.

Acara karpet merah diserikan dengan kehadiran ramai artis popular mengayakan pakaian yang indah dan bergemerlapan bersesuaian dengan tema blacktie classic.

Ternyata AME2018 berjaya menghimpunkan selebriti daripada pelbagai peringkat usia, yang senior sehinggalah bakat muda 'baru nak up'.

Neelofa dan Khai Bahar.

Edisi kali ini menyaksikan pengacara dan pelakon, Neelofa mengungguli anugerah Top Top MeleTOP (wanita) dan penyanyi, Khai Bahar merangkul Top Top MeleTOP kategori lelaki.

Untuk segmen stail, mStar Online sempat menemuramah beberapa selebriti bertanyakan mengenai fesyen yang digayakan mereka.

Pasangan selebriti, Asyraf Khalid dan Tya Ariffin bersama anak mereka, Arif Jiwa.

Antaranya ialah Uqasha Senrose, Nabila Huda, Nabila Razali, Naim Daniel, Irfan Harris, Amira Othman dan pasangan Asyraf Khalid dan Tya Ariffin bersama anak mereka, Arif Jiwa.

Ayuh kita saksikan gaya mereka ketika melintasi laluan karpet merah, meletop ke tidak?



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi