suria

Iqbal tak peduli komen Vida, tiada masa nak fikir - “Meluat ke, pening ke... makan la paracetamol!”

KEMUNCULAN pertama Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai penyanyi menerusi single Hujan nampaknya menukar sedikit persepsi masyarakat tentang pemuda berkenaan.

Rata-rata memberi komen positif tentang lagu ciptaan Oja, Zai Hamzah serta lirik oleh Iqbal, Achoi Floor 88 dan Eric Fuzi itu walaupun kualiti vokal penyanyinya masih berada pada tahap biasa.

“Tentulah saya rasa seronok, tapi saya kena lebih bertanggungjawab sebab apabila dah masuk industri muzik mesti ada kritikan.

“Saya bukan penyanyi profesional tapi rasanya suara saya tidaklah memalukan,” katanya kepada mStar.

Hingga kini single yang dilancarkan pada 2 November lalu meraih lebih sejuta tontonan di YouTube.

Berhubung dakwaan Datuk Seri Vida kononnya dia menggunakan kisah cinta peribadi mereka untuk meraih perhatian netizen, Iqbal berkata dia mengakui tentang hal tersebut.

Kata Iqbal kisah yang terjadi antara mereka bukan lagi rahsia dan ia terpulang kepada mana-mana pihak untuk menilainya.

“Siapa makan cili dia terasa pedasnya. Biarlah netizen yang menilai dan saya tidak menafikan apa yang berlaku.

“Saya tak perlukan views daripada dia dan tak kisah lah dia meluat ke atau nak pening, makan la paracetamol,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Iqbal, buat lagu, Eric, Hujan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi