“Kalau putar masa pun tak rasa nak ubah apa yang terjadi” - Sufian Suhaimi - Video | mStar

“Kalau putar masa pun tak rasa nak ubah apa yang terjadi” - Sufian Suhaimi

PENYANYI Sufian Suhaimi menegaskan kisah kegagalan cintanya sebelum ini tidak memberi kesan kepada pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana yang baru sahaja tamat baru-baru ini.

Sufian, 26, pada minggu lalu berkongsi kejayaannya menggengam Ijazah Sarjana Komunikasi Massa biarpun tempoh pengajian terpaksa dilanjutkan lebih setahun.


Sufian akhirnya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana

“Saya tak rasa sebab cinta pelajaran tertangguh, semua yang berlaku ada hikmahnya dan juga ada sebab kenapa saya tak grad on time.

“Bila dikumpulkan kembali, benda inilah yang membentuk diri saya yang sekarang dan kalau diputarkan masa pun saya tak rasa nak ubah apa yang saya telah lakukan,” katanya kepada mStar Online.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Matamu ini ditemui ketika majlis sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 33 (SFMM33) yang diadakan di The International Gallery At Alya, Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Dalam pada itu, Sufian berharap kejayaannya menamatkan pelajaran dapat memberi inspirasi kepada golongan muda untuk mengimbangkan kerja dan juga pelajaran.

Kisah cinta tidak beri kesan kepada pengajian Sufian

“Terima kasih kepada mereka yang tidak henti-henti mengucapkan tahniah daripada pagi majlis konvokesyen sehinggalah ke hari ini.

“Saya harap apa yang saya dapat ini (Ijazah Sarjana) dapat inspire golongan muda terutamanya peminat dan rakan-rakan artis untuk mengimbangi kerjaya dan pelajaran supaya menjamin masa depan yang cerah," tambahnya Sufian.

sufian suhaimi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel