suria

Pak Nil “buat hal” lagi, kali ini cuba bantu warga emas pula

PENGACARA Datuk Aznil Nawawi sekali lagi berjaya menyentuh hati netizen dengan tindakan mulianya cuba membantu seorang warga emas untuk mendapat pengecualian berbaris dalam barisan panjang semasa proses daftar masuk sebagai penumpang di sebuah kaunter lapangan terbang di Bangkok, Thailand.

Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil memuat naik video tersebut di Instagram miliknya pada Isnin.

Perkongsian Aznil di Instagram

“Seperti biasa jaluran beratur kelas perniagaan dan pertama memang lengang dan tak ramai orang berbanding kelas ekonomi yang sangat panjang. Paknil terlihat seorang lelaki tua yang berada di hujung garisan beratur kelas ekonomi yang panjang itu.

“Paknil tak terbayang bagaimana dia terpaksa berdiri begitu lama sebelum tiba giliran dia untuk didaftar masuk.
Paknil cuba nak minta kebenaran daripada petugas kaunter kelas perniagaan bagi memberi laluan kepada lelaki tua itu daftar masuk tetapi tidak diizinkan,” tulis Aznil.

Tindakan Aznil dapat pujian ramai

Dalam video tersebut, Aznil juga beberapa kali mengajukan soalan kepada beberapa kaunter daftar masuk berbeza jika dia dapat membantu warga emas tersebut untuk mendaftar masuk dengan segera namun jawapan yang diterima semuanya hampa.

Namun selepas beberapa jam video tersebut dimuat naik, Pak Nil sekali lagi berkongsi paparan di mana dia menerima respons positif daripada syarikat penerbangan tempatan itu.

Respons yang diterima Aznil

“Inilah sebab kita bakal jadi negara terbaik di dunia. Sedia menerima teguran dan sentiasa positif.

“Tahniah @malaysiaairlines!!,” tambah Pak Nil

paknil


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi