suria

Amelina mula risau cabaran nyanyi lagu selain dangdut

PENYANYI Amelina mengakui berhadapan tekanan apabila juri tetap Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Ramli MS meletakkan harapan yang tinggi terhadapnya.

Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin berkata, tekanan lebih dirasai apabila dia perlu melawan perasaan takut dan dalam masa sama perlu mengawal vokal serta pergerakan ketika di pentas.

“Walaupun sebenarnya keadaan kesihatan saya kurang baik, namun saya terpaksa all out bagi memenuhi permintaan pihak juri.

“Secara jujurnya nasihat Datuk Ramli pada malam sebelum konsert adalah amat membebankan kerana dia mahukan tenaga dalam persembahan," katanya kepada mStar Online.

Persembahan memukau Amelina

Amelina ditemui ketika sidang media konsert pertama GV5 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad malam.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Asyik ini menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 73.6 peratus.

“Terkejut sebenarnya, namun sokongan peminat membuatkan saya lebih kuat.

“Apabila mereka bersorak dan bergembira... ia membawa aura positif kepada penyanyi,” tambah Amelina.

Barisan bintang Gegar Vaganza 5

Selain Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim turut bertindak sebagai juri profesional selain juri jemputan, Datuk AC Mizal.

GV5 akan berlangsung selama lapan minggu dan bersiaran setiap Ahad pukul 9 malam.

amelina, gv5, gegar vaganza


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi