suria

Krisis dengan DJ Fuzz, penyanyi kembar tukar nama?

KUMPULAN duo, Razqa yang dahulu dikenali Viral menafikan dakwaan mengatakan mereka mempunyai masalah dengan rapper terkenal, DJ Fuzz yang juga merupakan pemilik label muzik yang pernah dinaungi oleh mereka iaitu Mixology Music.

Menurut Razqa, mereka tiada sebarang isu dengan komposer tersebut dan penamatan kontrak bersama syarikat itu atas sebab-sebab tertentu.

"Tak ada krisis pun, kami keluar secara baik. Habis sahaja kontrak dua tahun, kami tak sambung dan pilih jalan lain.

Dulu dikenali sebagai kumpulan Viral, kini Razqa.

"Kalau ada orang rasa kami macam bergaduh, biarlah orang tu fikir sendiri. Sebab kami memang tak ada isu apa-apa pun.

"DJ fuzz seperti cikgu kami dalam industri ini dan sekarang ini kita cuba untuk belajar tempat lain pula," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Razqa yang dianggotai oleh adik beradik kembar iaitu Amzar dan Amsyar turut memberitahu sebab mereka menukar nama kumpulan.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Razqa, DJ Fuzz


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi