suria

Kes selesai, Awal Ashaari dapat 'duit raya' puluhan ribu!

SETELAH sekian lama menunggu, pengacara terkenal Awal Ashaari kini mampu menarik nafas lega apabila bayaran untuk satu projek yang didakwa dilarikan seorang pengurus artis terkenal sudah pun dilunaskan.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari pada minggu lalu beberapa kali meluahkan perasaannya di Instagram agar individu berkenaan segera menjelaskan bayarannya.

“Alhamdulillah, saya nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada pihak terbabit kerana mendengar rintihan saya selepas mendapat liputan media,” ujarnya kepada mStar Online.

Awal ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta restoran Secret Recipe pada Khamis.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online.

awal ashaari


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi