suria

Untunglah... As'ad Motawh naik helikopter pusing Las Vegas!

PENYANYI remaja As'ad Motawh dan Farisha Irish berpeluang menghadiri Billboard Music Awards 2018 (BBMA 2018) yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat pada malam Ahad (waktu tempatan).

Menerusi muat naik di laman Instagram, As'ad ada berkongsi momen menarik sepanjang dia berada di acara tersebut.

Menurut pihak pengurusan As'ad iaitu Beegood Music, penyanyi berusia 17 tahun itu berlepas pada Jumaat dan akan kembali ke Malaysia pada Selasa ini.

ARTIKEL BERKAITAN: BTS pertahan trofi 'Top Social Artist' Anugerah Billboard 2018

As'ad dan Farisha di Kota Las Vegas menyaksikan BBMA 2018.

"As'ad bersama Farisha Iris diundang menyaksikan siaran langsung BBMA 2018 di Kota Las Vegas.

"Tawaran ini datang daripada pihak Unifi dan ia merupakan satu peluang yang sangat berharga untuk mereka," katanya kepada mStar Online.

Dalam rakaman yang lain, As'ad turut berkongsi pengalamannya menaiki helikopter mengelilingi Kota Las Vegas.

Wow, beruntung betul As'ad Motawh dan Farisha Irish dapat menyaksikan kemeriahan malam kemuncak Billboard Music Awards 2018 serta bertemu dengan penyanyi popular dunia!

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

As'ad Motawh, Farisha Irish


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi