suria

“Saya dah pesan, jadi kena terimalah” - Suliza Salam komen tentang anaknya Ismail Izzani

IBU kepada penyanyi Ismail Izzani iaitu Datin Suliza Salam berkata segala kecaman dan kritikan yang dilemparkan kepada anaknya itu merupakan perkara biasa apabila bergelar anak seni.

Suliza yang juga merupakan penyanyi era 1980-an berkata, sebelum Ismail melangkah ke dalam industri ini, dia sudah mengingatkan anaknya itu bahawa segala apa yang dilakukan akan mendapat perhatian umum.

"Kontroversi yang menimpa Ismail itu adalah perkara biasa dalam industri hiburan, saya dah pesan kepada dia apabila masuk bidang ini tiada lagi privasi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kecamlah saya, tapi jangan kaitkan ibu” - Ismail Izzani

Ismail bersama ibunya, Datin Suliza Salam, dan kakak, Nurizzati (kiri).

"Yang penting dia tak melatah dan dia kena lalui semuanya ini dengan penuh berhemah dan jangan cepat mengalah.

"Saya selalu beri nasihat dan semangat kepadanya. Saya ingatkan dia dalam apa jua bidang pasti ada cabaran. Pengalaman ini akan mematangkan dia nanti," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, nama Ismail menjadi perbualan hangat netizen apabila dikaitkan dengan isu curang terhadap bekas kekasih iaitu Sharifah Rose.

Suliza berpendapat pengalaman akan mematangkan Ismail.

Ismail mengakui kesemua kesalahannya selain menyesal menyakiti hati teman wanitanya. Malah apa dilakukan adalah kerana dia tidak berfikir dengan baik.

Pendedahan bekas kekasih mengenai sikap Ismail telah menyebabkan penyanyi ini menjadi sasaran peminat terutamanya wanita yang berang dengan sikapnya itu.

Bukan itu sahaja, Ismail turut dikritik berikutan kenyataannya yang tidak berminat untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti rakan sebaya.

Ismail anak manja dan tidak boleh berenggang dengan ibunya.

Dalam pada itu, Suliza turut mendedahkan lima perangai anak ketiganya itu yang mungkin tidak diketahui oleh peminat.

Antaranya, Ismail merupakan seorang remaja yang gemar menyimpan wang dan mahu ibunya menyuapkan dia setiap kali waktu makan.

"Dia suka menyimpan duit dan sekarang saya dah mula merasa hasil pendapatannya. Lagi mengenai Ismail ialah dia tak suka makan, sampaikan kena bersuap baru nak makan," katanya.

Untuk temubual penuh, saksikan video yang telah disediakan mStar Online.

Ismail izzani, Suliza Salam


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi