suria

#PraktikalSurvivor - Episod 1

PRAKTIKAL Survivor merupakan siri dokumentari terbaharu yang disiarkan portal berita mStar Online.

Dokumentari yang memaparkan mengenai ilmu berkaitan pengalaman sebenar atau bukan teoretikal bagi tujuan ikhtiar hidup ini bakal mengupas mengenai aktiviti luaran atau outdoor.

Sarat dengan pelbagai fakta dan informasi menarik yang diolah dalam bentuk santai, Praktikal Survivor dilihat mampu memberi pendedahan awal kepada penggemar aktiviti luaran seperti berkhemah atau mendaki.

Lebih menarik, Praktikal Survivor akan turut berkongsi mengenai keperluan asas seperti pisau, bag, peralatan memasak, perkhemahan termasuk pakaian yng sesuai dipakai bagi tujuan berkenaan.

Rancangan yang dihoskan oleh Mohamad Azam Bear, seorang individu yang berpengalaman dalam aktiviti luaran ini akan menemui penonton pada setiap Jumaat.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi