MAYAT seorang wanita dipercayai warga asing ditemui tanpa kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki di dalam tangki kumbahan di sebuah rumah banglo di Jalan Seri Murni 11, Bukit Damansara, Kuala Lumpur , Khamis.
Mayat mangsa dipercayai warga Indonesia, ditinggalkan di dalam tangki tersebut kira-kira dua hingga tiga minggu sebelum ditemui pada pukul 6.30 petang hari itu.

























































































































































