suria

Nasib baik tak ‘hayun’ kuali, Azad Jasmin geram pagar rumah baru dirempuh pemandu mabuk - “Ingatkan bunyi guruh”

BARU sahaja dua bulan pindah ke rumah baru, pelakon Azad Jasmin bengang apabila sebahagian pagar rumahnya roboh selepas dilanggar pemandu mabuk.

Menurut Azad atau nama sebenarnya Azad Jasmin John Louis Jeffri, 45, pada mula dia terdengar bunyi yang kuat ketika dia sedang menonton televisyen namun hanya menyangka ia adalah guruh.

“Pada waktu itu saya sedang menonton televisyen dan tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat, ingatkan guruh sebab nak hujan, bila tengok dari cermin tingkap di tingkat atas pun tak nampak apa-apa.

“Keesokan harinya guard datang ke rumah untuk memberitahu yang seorang individu telah pun ditahan selepas merempuh tembok rumah saya kerana memandu dalam keadaan mabuk, ” ujarnya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain daripada itu, Azad turut menyuarakan pendapatnya berkenaan isu kecaman terhadap selebriti yang gemar berkongsi video dan foto di media sosial ketika melakukan aktiviti kebajikan.

“Tujuan selebriti memberitahu secara terbuka itu adalah supaya orang lain juga boleh saling membantu mereka yang memerlukan.

“Kalau apa yang saya lakukan selama ini boleh mengajak orang lain untuk sama-sama menolong mereka yang dalam kesusahan, ia sudah cukup bagi saya.

“Saya tak kisah dengan kecaman sebahagian netizen yang lain, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi