suria

Nuha Bahrin mengaku salah rosakkan lagu Jamal Abdillah, tapi tak fikir nak ‘stop’ menyanyi - “Memang betul saya melebih-lebih”

PENYANYI baharu Nuha Bahrin mengakui 'berlebih-lebih' ketika menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah ketika program Vokal Mania pada malam Sabtu lalu.

Kata Nuha, kesilapan itu berpunca daripada dirinya sendiri tanpa menyalahkan mana-mana pihak termasuk mereka yang bertanggungjawab melakukan susunan semula lagu berkenaan.

"Saya terima semua kecaman dan komen negatif daripada netizen. Saya anggap itu sebagai pengajaran buat saya untuk jadi lebih baik dan bukan untuk menjatuhkan saya.

"Saya mengaku persembahan pada malam itu bukan yang terbaik daripada saya," katanya kepada mStar.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi