suria

“Bukan sombong, tapi inilah norma baharu” - Shuk Sahar rasa bersalah tak sambut salam individu berumur, terasa seakan biadab

PELAWAK dan penyampai radio Shuk Sahar akui serba salah untuk mempraktikkan norma baharu iaitu untuk tidak bersalaman seperti kebiasaan.

Cerita Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, dia terpaksa menolak untuk berjabat tangan dengan seorang artis senior semasa menjalani rakaman program raya baru-baru ini.

“Saya dah beberapa kali menghadapi situasi awkward apabila ada individu yang lebih senior dan berumur datang kepada kita dan menghulurkan tangan nak bersalaman... tapi saya pula hanya letak tangan di dada untuk membalasnya.

“Sampaikan saya rasa seakan diri ini biadab, apa yang patut dilakukan? Sambut salam atau letak tangan di dada? Bukannya sombong, tapi inilah norma baharu kita dalam bersosial, ” kata Shuk kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Shuk Sahar,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi