suria

Siti Sarah tak sanggup menyanyi macam orang tua, kena ikut karakter - “Lagu ni kena poyo... mengada-ngada”

PENYANYI Siti Sarah Raisuddin menyangkal tajuk lagu Dap Dap Dap yang dikatakan kedengaran lucah menjadi punca lagu hasil karya YonnyBoii itu ditukar nama kepada Manis.

Kata Sarah, 36, punca utama lagu itu ditukar tajuk kerana ia mendapat komen negatif kononnya ia ada kaitan sebuah parti politik.

“Saya tak nak menyentuh sebarang isu berkaitan parti politik lantas mengambil inisiatif menukarkan judulnya kepada Manis.

“Persepsi setiap individu adalah berbeza, ada pula yang kata ia seakan kedengaran lucah. Sama juga macam kita makan sesuatu yang enak dan kata... sedapnya, adakah ia kedengaran lucah? Terpulanglah nak anggap ia kedengaran lucah atau sebaliknya, lagipun ia sudah ditukar tajuk, ” kata Sarah kepada mStar.

Siti Sarah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi