"Faris ada visi untuk masa depan, mak percaya boleh jaga saya" - Elfira Loy - Video | mStar

"Faris ada visi untuk masa depan, mak percaya boleh jaga saya" - Elfira Loy

PELAKON Elfira Loy mengakui bimbang berhadapan dengan dugaan bertunang selepas mengikat tali pertunangan dengan jejaka bernama Faris pada September lalu.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy, 24, berkata, kegagalan dalam hubungan terdahulu membuatkan dia lebih menghargai setiap detik yang berlaku dalam pertunangan yang dibina kali ini.

"Saya takut, bukan menyesal tapi lebih kepada bersyukur dengan apa yang terjadi, dulu saya terfikir mengapa benda ni terjadi kepada saya sebab itu saya menghargai setiap saat yang terjadi sekarang ni.

"Hari-hari berdoa supaya he is the one dan kami sampai ke jenjang pelamin," ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy sembunyi pertunangan atas permintaan keluarga


Elfira bertunang pada 2 September lalu.

Elfira ditemui di majlis pelancaran kempen AirAsia #Throughthelens di Nathalei Gourmet I’Espace, Petaling Jaya.

Pada awal September lalu, dilaporkan satu majlis merisik dan bertunang secara tertutup diadakan di kediaman Elfira yang terletak di Alam Damai, Kuala Lumpur.

Hubungan Elfira yang mesra disapa El dengan jejaka berkenaan mula dihidu beberapa bulan sebelum itu apabila dia memuat naik foto bersama.

Dalam pada itu, bercakap mengenai ciri-ciri istimewa individu berkenaan, Elfira berkata Faris adalah seorang yang mempunyai visi untuk masa depan mereka.

"Dia menghormati dan faham dengan keluarga saya dan dia juga ada visi untuk masa depan kami.

"Mak saya percaya dia boleh jaga saya...itu yang paling penting," ujarnya.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi, Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 namun hubungan tersebut terputus secara rasmi pada 18 Februari lepas.

Elfira Loy

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia

Manchester United pecat Mourinho!