suria

Bukan nak menunjuklah! Haqiem Rusli ajak 'haters' sertainya bantu gelandangan

PENYANYI Haqiem Rusli berkata terdapat segelintir netizen yang sengaja menjadikan dia sebagai sasaran di media sosial.

Jelas Haqiem, 20, perkongsian berhubung aktiviti kebajikan yang dilakukan atas inisiatifnya sendiri mendapat kecaman apabila ada yang beranggapan dia mahu menunjuk-nunjuk.

“Ada yang tanya mengapa perlu nak menunjuk (melakukan aktiviti amal), namun saya dah tidak kisah kerana pernah menerima kecaman yang lebih teruk sebelum ini.

“Niat saya berkongsi video tersebut hanya untuk mengajak orang ramai melakukan kerja amal,” katanya kepada mStar Online


Haqiem seru 'haters' turut serta buat amal

Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli memuatnaik dua video di Instagram menjukkan dia dan rakan-rakannya memberi sumbangan di sebuah rumah kebajikan di ibu negara.

Selain itu Haqiem turut dilihat memberi sumbangan berupa makanan dan keperluan asas kepada golongan gelandangan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, penyanyi yang terkanal dengan lagu Tergantung Sepi itu berkata dia mahu menyebarkan mesej yang positif kepada masyarakat.

"Jangan terlalu amalkan pemikiran negatif. Daripada anda hanya nak mengecam, lebih baik sertai saya untuk program berikutnya.

"Lebih baik kita berkongsi rezeki dengan mereka yang lebih memerlukan," katanya.

haqiem rusli


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi