“Wow Ayda Jebat sebelah aku!” Lelaki ini jadi bualan sebab malu pandang wanita - Video | mStar

“Wow Ayda Jebat sebelah aku!” Lelaki ini jadi bualan sebab malu pandang wanita

RAKAMAN duet nyanyian Ayda Jebat bersama peserta program I Can See Your Voice Malaysia iaitu Badruzzaman Abdul Ghani yang menjadi trending nombor satu di laman Youtube menerima pujian penonton.

Selain kerana memiliki suara yang merdu, dia turut menerima komen murni netizen kerana menjaga pandangan mata ketika berduet dengan penyanyi popular tersebut menerusi lagu Pinjamkan Hatiku nyanyian asal Ayda bersama Adi Priyo.

Menurut Badruzzaman atau lebih dikenali sebagai Abang Ais Krim, dia teruja dan berasa malu ketika pertama kali bertentang mata dengan penyanyi cantik itu.

"Pertama kali berjumpa Ayda dan perlu menyanyi bersama dia terasa malu, lagi pula saya tak pernah berduet dengan mana-mana wanita.

"Ayda sangat cantik dan segan nak tatap muka dia," katanya kepada mStar Online.

Badruzzaman mahu jadi penyanyi.

Sementara itu, jejaka berusia 23 tahun ini tidak menyangka rakaman nyanyiannya dalam program tersebut menjadi perbualan.

Malah, dia juga mengakui sudah menerima beberapa undangan nyanyian setelah tular video tersebut.

"Tak sangka video itu jadi viral di Youtube dan Alhamdulillah selepas program tersebut saya ada menerima undangan nyanyian.

"Insya-Allah kalau bersesuaian waktu dan masa saya akan terima tawaran tersebut.

"Sejujurnya, saya memang nak jadi penyanyi dan bersedia bergelar penyanyi jika ada yang menawarkan peluang tersebut," ujarnya.

Pertandingan yang disiarkan di NTV7 itu membariskan Mark Adam, Jihan Muse dan Seelan Paul selaku juri tetap manakala juri jemputan minggu lalu ialah Syazuwan Hassan dan Jaja Iiliyes.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Badruzzaman Ghani , Ayda Jebat

Lebih Artikel