suria

Fara Hezel 'buka mata' lepas dengar komen Siti Nurhaliza

PENYANYI Fara Hezel yang tersingkir daripada pentas Big Stage 2018 minggu kedua menerima teguran dan komen juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan hati terbuka.

Menurut Fara atau nama sebenar Nur Faraazira Yusri, nasihat yang diberikan penyanyi tersebut merupakan satu komen positif dan tidak sesekali berkecil hati.

"Apabila Datuk Siti beri komen, saya tak boleh anggap ia sebagai benda negatif kerana pesanan itu akan membantu membina karier saya untuk masa depan.

"Cuma belum ada rezeki, Insya-Allah ada peluang di luar sana," katanya kepada mStar Online.

Fara ditemui selepas konsert Big Stage 2018 yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor (MBSA) pada malam Ahad.

Siti meminta Fara tidak mudah patah semangat dan berasakan lagu Cinta Tersimpul Rapi nyanyian asal Anis Suraya agak sukar untuk dinyanyikan penyanyi berusia 22 tahun itu.

"Kalau saya nak sentuh, banyak benda tapi saya cuba untuk memahami situasi dan kedudukan Fara sebagai orang yang sangat baru dalam industri.

"Untuk lagu ni nampak macam mudah tapi susah. Saya dengar susunan baru memang lari dari lagu asal, korus pula terlalu besar untuk Fara Hezel, nak berlawan dengan muzik besar agak susah.

"Part muzik berhenti tadi saya ingat Fara nak beri wow... tapi bila Fara nyanyi cara Fara nampak biasa sahaja. Tapi Fara boleh terus belajar dan jangan patah semangat," komen Siti.

Big Stage 2018 yang masuk minggu kedua ini disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.

Program itu dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad Datuk Seri Siti Nurhaliza serta Faizal Tahir bertindak sebagai juri tetap.

Fara Hezel


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi