suria

Sikap lelaki begini buat Uqasha Senrose 'turn off'

PELAKON Uqasha Senrose mendedahkan beberapa sikap dan perangai lelaki yang kurang disenangi olehnya.

Uqasha, 26, berkata antara sikap jelek tersebut ialah kedekut, bangga diri, berlagak dan tiada sense of humor.

"Saya paling tak gemar orang lelaki yang kedekut, sebab saya bukan macam itu.

"Kadang-kadang kita sahaja uji, kalau kita keluarkan (belanja) dia keluarkan juga tak? Kalau tidak dan seolah-olah lepaskan tangan, saya terus turn off.

"Perangai lain ialah bangga diri, berlagak dan tidak menghormati orang lain. Disebabkan ada salah satu sikap ni, saya terus jadi tak berminat," katanya kepada mStar Online.

Uqasha ditemui ketika malam tayangan filem Hantu Kak Limah di MMCineplexes E@Curve, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Sementara itu, Uqasha turut memberitahu kriteria lelaki pilihannya antaranya ialah baik hati, kelakar, sedap mata memandang, tinggi dan cara berpakaian menarik.

"Sekarang ni susah nak jumpa lelaki kelakar sebab ramai cover-cover.

"Soal paras rupa, tak perlu terlalu kacak, sedap mata memandang pun dah cukup," katanya.

Pada Rabu lalu, pelakon drama bersiri Rahsia Hati Perempuan ini mengakui bimbang dengan tanggapan orang sekeliling apabila melihat dia seperti kerap bertukar-tukar pasangan.

Katanya, dia juga sama seperti manusia lain yang ingin mengenali orang baharu untuk dicintai dan mencintai bagi meneruskan hidup.

Uqasha juga memberitahu dia kini selesa berkawan dengan pelakon Ben Amir dan dalam proses mengenali hati budi.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Uqasha Senrose


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi