suria

Lucu! Achey buat anak macam senapang

PELAWAK dan pelakon Achey mencuit hati netizen apabila menjadikan anaknya seakan selaras senapang.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah memuat naik video tersebut pada Khamis.

Menggunakan kapsyen 'Ayah memang begini...', gelagat juara program Bintang Mencari Bintang musim pertama itu ternyata menghiburkan peminat yang pada mulanya menyangka Achey hanya memegang bantal.

Sejak kebelakangan ini, penyanyi lagu Yang Terindah itu dilihat kerap memuat naik video dan gambar bersama anak angkatnya yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir.

Sebelum ini, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya menunggu lapan tahun untuk menimang cahaya mata.

Namun akhirnya Achey, 32, mengumumkan kehadiran Tiara dalam keluarganya pada Mei lalu.

achey


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi