“Yang penting saya tutup aurat” - penyanyi baharu jadikan Haqiem inspirasi - Video | mStar

“Yang penting saya tutup aurat” - penyanyi baharu jadikan Haqiem inspirasi

GARA-GARA fesyen yang digayakan dalam muzik video lagu berjudul Rela Demi Buat Mu yang dikatakan tidak sesuai dengan genre muzik tersebut, penyanyi baharu Nazar Daud atau dahulu dikenali sebagai Naja Bollywood menerima kritikan netizen.

Berdepan dengan kritikan tersebut, Nazar berkata dia menjadikan penyanyi Haqiem Rusli sebagai inspirasi untuk terus berdiri sebagai anak seni.

"Saya rasa baju saya itu okay sahaja, mungkin pendapat masing-masing berbeza. Yang penting saya tutup aurat dan soal fesyen ni luas, jika ada yang rasa saya buta fesyen, terpulanglah.

"Saya menjadikan Haqiem Rusli sebagai inspirasi ketika berdepan kecaman netizen kerana dia pernah menerima kritikan yang lebih dahsyat. Apalah sangat untuk saya yang masih baru ini," katanya kepada mStar Online.

Nazar dahulu dikenali sebagai Naja Bollywood.

Lagu Rela Demi Buat Mu itu merupakan ciptaan Nazar, Sam Daud dan Raja Patih.

Ia sudah dimuat naik dilaman YouTube sejak 13 Julai lalu.

Sementara itu, Nazar berkata dia menerima setiap komen dan kritikan pendengar dengan hati terbuka.

Nazar atau Naja mula popular apabila dia berkebolehan menyanyikan lagu hindustan dengan suara seorang wanita.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Nazar Daud , Haqiem Rusli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain