suria

Jangan samakan gimik Nabila Razali dengan Haqiem Rusli

GIMIK yang dilakukan Haqiem Rusli nampaknya turut memberi kesan kepada penyanyi Nabila Razali. Ada peminat Haqiem beranggapan taktik sedemikian pernah digunakan oleh Nabila ketika mempromosikan lagu Pematah Hati.

Menjawab persoalan tersebut, Nabila berkata dia mempunyai cara tersendiri dalam mempromosikan lagunya dan adalah tidak wajar menggunakan topik depresi sebagai strategi promosi.

"Cara saya lain dengan artis tersebut. Jangan menggunakan satu alasan yang agak serius untuk dijadikan gimik.

Nabila Razali

"Bukan nak cakap saya betul tapi saya hanya guna gimik bercinta. Kalau topik depresi agak serius dan tak boleh buat main-main.

"Janganlah sebab isu ni, orang hentam saya pula. Gimik dan cara promosi lagu kami berlainan," katanya kepada mStar Online.

Kontroversi mengenai Haqiem bermula beberapa bulan lalu apabila dia mendakwa menghadapi tekanan sehingga dia membuat keputusan untuk meninggalkan dunia seni.

Rentetan itu beberapa rakan artis turut memberi nasihat kepada Haqiem berhubung tindakannya itu namun timbul cerita lain pula apabila dia dikatakan sekadar melakukan gimik berhubung hal tersebut sempena kemunculan single terbaharunya.

Nabila Razali, Haqiem Rusli


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi