suria

Tam (Spider) keluar kedai tak jadi beli baju perempuan

VOKALIS kumpulan Spider iaitu Tam berkongsi kisah lucu ketika berada disebuah kedai menjual kelengkapan bayi, baru-baru ini.

Menurut Tam atau nama sebenar Rustam Mustafa, 45, dia jadi buntu dan kekok ketika mencari barangan untuk bayi perempuan.

"Saya ada pergi kedai menjual barangan bayi, tapi tak tahu nak pilih barang apa untuk anak perempuan, tak jadi nak beli.

Tam bersama isteri dan tiga anak lelakinya.

"Tunggulah isteri dah habis pantang nanti baru boleh shopping barang anak bersama-sama.

"Sebelum ini membesarkan tiga anak lelaki, apabila tambah anak perempuan jadi kekok pula," katanya kepada mStar Online.

Tam ditemui semasa sidang akhbar Matrix raya Aidilfitri serta majlis berbuka puasa bersama media dan lagenda rock Malaysia di D'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan pada Rabu.

Dalam majlis tersebut, Spider bergabung bersama kumpulan Search dan Hujan dalam konsert raya yang bakal dianjurkan di lokasi sama pada 30 Jun depan.

Terdahulu, Tam berkahwin dengan Aida Mustafa, 36, pada 8 November 2009 dan dikurniakan dua anak lelaki Muhammad Afiq, 8, dan Muhammad Aqil, 5.

Menerusi perkahwinan pertama Tam pula, dia kurniakan anak lelaki, Muhd Aliff yang kini berusia 24 tahun.

Tam Spider


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi