suria

Ben Amir tunggu masa nak tayang badan

PELAKON Ben Amir berkata dia kini dalam proses membentuk tubuh badan yang lebih sasa dan ideal.

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir bin Sabaruddin, 28, memberitahu dia meluangkan masa di gim dan menyertai kelas seni mempertahankan diri bagi merealisasikan impiannya itu.

"Saya sekarang dalam proses nak dapatkan bentuk badan yang ideal. Bukanlah terlalu sasa, tapi nampak fit sedikit.

Ben sertai kelas Muay Thai.

"Jadi kena tambah berat badan sikit supaya nampak lebih tegap. Nak bawa watak hero perlu nampak gagah!," katanya kepada mStar Online.

Ben ditemui di majlis pelancaran drama Air Mata Di Bumi Matador yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), pada Selasa.

Sementara itu, Ben berkata dia tiada masalah untuk menayang tubuh badan kepada penonton, namun ada syaratnya.

"Saya tak kisah nak buka baju dan tunjuk kepada umum tapi... untuk filem okaylah!

"Kalau badan cantik bolehlah nak buka baju nanti," katanya.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online.

Ben Amir


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi