suria

Tak tahan dahaga, Haqiem Rusli 'curi-curi' buka peti ais

BERCERITA mengenai pengalaman berpuasa yang tidak boleh dilupakan, penyanyi Haqiem Rusli berkata dia turut mempunyai sejarah tersendiri.

Menurut Haqiem, dia pernah berdepan kejadian yang dianggap misteri apabila ingatannya tiba-tiba kosong dan berasakan diri seperti orang kurang siuman.

Bagaimanapun, sehingga kini dia masih belum mengetahui punca menyebabkan dia mengalami kejadian aneh itu.

Haqiem berehat di bulan Ramadan kali ini.

"Masa itu saya masih kecil lagi dan diserang demam. Tapi saya masih berpuasa seperti biasa.

"Entah macam mana, saya rasa macam nak jadi gila. Saya kebingungan dan rasa sakit kepala, susah nak terangkan keadaan masa itu.

"Sampai sekarang saya tak tahu apa punca dan masih ingat lagi kejadian menakutkan itu," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Haqiem turut berkongsi pengalaman ponteng puasa ketika dia masih bergelar kanak-kanak.


Haqiem Rusli


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi