SERAMAI 89 Pendatang Asing Tanpa Izin, (Pati) ditahan dalam operasi bersepadu oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya di Taman Jinjang Utara, Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu.
Kumpulan Pati berkenaan ditahan di atas pelbagai kesalahan termasuk tinggal lebih masa, tiada dokumen pengenalan diri dan ada antaranya disyaki memiliki passport palsu.

























































































































































