suria

Sentuhan Berbisa Bade Dalam 'Isyarat Cinta'

ISYARAT Cinta merupakan air tangan berbisa Bade Hj Azmi akan menemui penonton di pawagam pada 19 Mac 2015.

Bagaimanapun pada 4 Mac 2015, tayangan amal perdana anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) akan diadakan di pawagam Cathay e-Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Tiket eksklusif menyaksikan tayangan amal perdana ini ialah dari RM100 yang antara lain bertujuan mengumpul dana membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Pantai Timur.

Penonton yang turut serta dalam projek amal ini akan berpeluang menjadi orang pertama menonton filem ini selain dapat bersamah mesra dengan artis.

Isyarat Cinta
menampilkan Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar yang mengisahkan percintaan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Untuk tempahan tiket dan sebarang pertanyaan mengenai tayangan amal ini bolehlah menghubungi 017-2429699 (Bohari) dan 012-2578884 (Amie)

 

Isyarat Cinta, Rosyam Nor


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi