suria

Balu pegawai bomba yang meninggal dalam letupan kongsi cerita detik-detik dalam wad, tahan air mata saat suami hembus nafas terakhir

SUDAH suratan takdir... Isteri kepada Pegawai Bomba Mohd Firdaus Sulaiman yang maut selepas terlibat dalam letupan ketika operasi memadam kebakaran sebuah kilang di Segamat, Johor reda dengan apa yang berlaku.

Menurut isteri kepada arwah, Nurul Jannah Abd Hamid Khan, 29, menyifatkan pemergian tersebut sebagai syahid.

Kata Jannah dia bersyukur apabila sempat meluangkan masa bersama suaminya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.15 pagi Isnin di Hospital Segamat.

“Saya berbisik la dengan dia... saya meredakan dia, saya halalkan semuanya.

”Pada ketika saya melepaskan dia, saya cuba tahan air mata sebab kalau saya menangis akan menyebabkan dia lagi sukar untuk pergi,

“Saya beritahu dia jangan risau saya kuat saya akan iring dia sampai ke kubur saya cakap pergilah dengan tenang,

“Pemergian dia pun dalam keadaan syahid sebab kejadian berlaku ketika bekerja... tak lama lepastu dia pergi dengan tenang,” katanya kepada mStar.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan Aisy Alisha Mohd Firdaus yang berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi