suria

Tajul buka cerita kisah main mercun dengan Achik Spin

PENYANYI Tajul berkongsi pengalaman indah yang tidak mungkin dilupakan ketika menyambut bulan Ramadan.

Tajul berkata antara kenangan yang masih segar di ingatan ialah ketika bersama arwah bapa, Allahyarham Md. Shaari dan Allahyarham Achik, vokalis kumpulan Spin.

"Arwah Abang Achik dia suka belikan mercun dan memang meriah bila bulan puasa.

Paduan suara enam penyanyi remaja.

"Bapa pula akan bawa saya pergi bazar Ramadan dan dia akan belikan saya makanan kegemaran.

"Sekarang ini bila dah besar terasa rindu dengan kenangan itu semua. Kedua-duanya sudah tiada, namun kenangan itu tidak akan saya lupakan," katanya kepada mStar Online.

Tajul ditemui semasa pelancaran lagu raya berjudul Girang Syawal Tiba di MYDIN USJ, Subang Jaya pada Rabu.

Lagu tersebut menampilkan paduan suara enam artis naungan FMC iaitu Haqiem Rusli, Tajul, Wani, Sissy Iman, Zoey Rahman dan Ernie Zakri.

Tajul, Girang Syawal Tiba


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi