suria

Tengok! Siapa kata orang gempal tak boleh jadi model 'catwalk'?

KENYATAAN 'paha melimpah' dan berat badan melebihi 60 kilogram seperti yang disuarakan pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain atau kak Zai mengundang reaksi banyak pihak.

Selain golongan selebriti yang kebanyakkannya pernah bekerjasama dengan Zaihani, masyarakat luar yang sebelum ini tidak mengenalinya juga tidak ketinggalan memberikan komen masing-masing.

Tak kurang juga yang seakan cuba mengambil kesempatan mengenai kontroversi ini.

Pengarah terkenal, Michael Ang dilihat 'langkah kanan' kerana mungkin secara kebetulan melancarkan koleksi pakaian raya 2018 miliknya khusus untuk golongan bertubuh gempal ketika isu ini sedang hangat diperkatakan.

Lebih menarik model apabila dia turut menampilkan model berbadan gempal bagi menggayakan koleksinya itu.

Dia cuba buktikan bahawa individu berbadan gempal bukan sahaja boleh menghadiri acara fesyen malah layak menghiasi pentas catwalk.

Michael Ang, Kak Zai


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi