suria

Sissy Iman selesa ditemani dua 'bodyguard'!

PENYANYI Sissy Iman berkata dia lebih selesa ditemani kedua ibu bapanya ketika memenuhi undangan seni.

Menurut Sissy atau Imann Mohammad Kamil, 22, kehadiran mereka membuatkan Sissy lebih berkeyakinan dan mudah untuk berkomunikasi.

"Sejak kecil memang ibu dan bapa yang uruskan saya. Jadi lebih mudah kalau nak berkomunikasi.

"Kedua ibu bapa saya juga memahami dan tahu mengenai minat saya terhadap bidang seni ini.

"Saya selesa dengan kehadiran mereka yang menjadi peneman setia kesana-sini," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Sissy turut mendedahkan ibu bapanya terbuka dan tidak mengongkong hidupnya.

Sissy Iman


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi