suria

Artis popular tunjuk dakwat dijari tanda sudah mengundi

SEPANJANG hari ini, media sosial dipenuhi dengan warna-warni suasana rakyat Malaysia keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Barisan selebriti turut tidak ketinggalan menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memilih kerajaan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Kami rangkulkan momen mereka semasa berada di pusat mengundi yang dimuat naik menerusi laman Instagram masing-masing.

Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Antara selebriti yang turut berkongsi momen menarik tersebut ialah, Awal Ashaari, Sheila Rusly, Siti Saleha, Lisa Surihani dan Dafi Ismail Sabri.

Selain itu, Saharul Ridzwan, Radin dan usahawan kosmetik iaitu Datuk Seri Vida.

Nelydia Senrose.

Bukan sekadar rakaman video yang dimuat naik di laman sosial tersebut, ada juga yang berkongsi foto jari mereka yang suka ditanda dengan dakwat hitam.

Apa yang pasti, PRU14 kali ini penuh meriah dengan pelbagai aksi masyarakat yang tidak lupa menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

PRU14, Artis Malaysia


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi