BIARPUN filem adiwira Avengers: Infinity War belum ditayangkan di Malaysia, namun pengikut siri filem adaptasi komik Marvel itu nampaknya tidak sabar menanti pembukaan tayangannya yang dijangka bermula April ini.
Kini, debarannya semakin dirasai dengan kemunculan video parodi bagi trailer filem itu yang dihasilkan sekumpulan pelajar Malaysia sehingga tular di media sosial.

























































































































































