suria

Top 5 Viral: Anak sebak ibu terbujur kaku, Teong Kim tegur orang 'jaga' Luqman

ANTARA kisah Top 5 Viral minggu ini ialah mengenai pengalaman seorang wanita yang tinggal berjiran dengan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo.

Seterusnya mengenai teguran bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim terhadap segelintir individu yang ‘menjaga’ pemain berbakat Luqman Hakim Samsudin.

Turut menjadi perhatian adalah kisah percutian tiga anak muda di Cameron Highlands bertukar mimpi ngeri.

Kisah Uncle Kentang membantu pasangan suami yang diuji kehilangan bayi mereka yang berusia sebulan turut menjadi perhatian netizen.

Cerita paling menjadi perhatian minggu ini ialah kisah seorang pemuda terkejut melihat ibunya ‘terbujur kaku’ di ruang tamu rumah siap berbungkus kain putih.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi