suria

“Kalau nak kena ‘jail’, ‘jail-lah…’ kau buat salah” - Azwan Ali

PENGACARA Azwan Ali berkata dia tiada masalah untuk meminta maaf atas kesalahannya menghina kakitangan Hospital Putrajaya dalam satu rakaman video yang menjadi tular di media sosial.

Azwan, 54, yang mengaku bersalah dan didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat berkata, dia menghormati keputusan dibuat mahkamah yang menjatuhi hukuman berkenaan terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Azwan Ali mengaku bersalah hina kakitangan perubatan, didenda RM17,000

ARTIKEL BERKAITAN: Dayangku Intan bimbang alami simptom seperti jangkitan Covid-19

“Takde masalah nak minta maaf. Kita kena hormat mahkamah, peguam. It’s nothing to me… my life still move on (ia tiada apa-apa bagi saya, kehidupan perlu diteruskan),” katanya.

Dia turut berkata, jika ditakdirkan masuk penjara, dia tidak boleh buat apa-apa kerana telah melakukan kesalahan.

“Kalau nak kena jail, jail-lah kau nak kata apa… Kau buat salah,” katanya.

Dalam pada itu kata Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA, dia tidak menyalahkan penyanyi 1990-an Dayang Ku Intan yang menjadi punca dia menghasilkan video berkenaan.

Azwan turut berhadapan dengan enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Dayang dalam satu hantaran menerusi media sosialnya meluahkan rasa kesal kepada kakitangan Hospital Putrajaya kerana mendakwa tidak mendapat layanan baik ketika dia hadir untuk membuat pemeriksaan Covid-19.

Azwan Ali, Diva AA, Dayangku Intan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi