“Kalau bodek, kenapa kami tersingkir?” - Forteen jawab hubungan baik dengan Ramli MS - Video | mStar

“Kalau bodek, kenapa kami tersingkir?” - Forteen jawab hubungan baik dengan Ramli MS

KUMPULAN Forteen menafikan cakap-cakap kononnya mereka menjadi peserta kegemaran salah seorang juri tetap program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) iaitu Datuk Ramli MS hingga mampu bertahan selama tujuh minggu sebelum tersingkir di peringkat separuh akhir.

Forteen yang dianggotai Izzue Islam, Ameer, One dan Aris menjelaskan perkara itu selepas ada pihak yang kurang senang dengan hubungan rapat mereka dengan pengubah muzik terkenal tersebut.

Forteen nafi bodek Datuk Ramli MS

“Kami baik dengan semua orang, mungkin di mata orang ramai nampak kami sangat friendly dengan Tok Ram (Ramli) namun hakikatnya semua peserta juga mesra dengan beliau.

“Kalau kami lebih, kenapa kami tidak ke final?,” kata Forteen kepada mStar Online.

Sementara itu kumpulan yang terkenal dengan lagu Berdua Bersatu ini berkata mereka bakal sibuk memenuhi jemputan setelah sekian lama menyepi.

Forteen nafi mereka peserta kegemaran

“Alhamdulillah sekarang kami sudah mula menerima undangan untuk membuat persembahan.

“Tapi masih ada kekosongan, boleh hubungi kami jika nak mendapatkan khidmat Forteen,” kata Izzue.

Perjalan Forteen terhenti di peringkat separauh akhir apabila diumumkan tersingkir daripada program tersebut.

Forteen sudah mula terima tawaran persembahan

Turut menerima nasib sama ialah penyanyi dan pelakon Hetty Sarlene.

Pentas akhir GV5 bakal melihat enam peserta iaitu Amelina, Zamani, Maya Ruslee, Noryn Aziz, Dia Fadilla dan duo Billy Zulkarnain berentap merebut gelaran juara.

forteen , gv5 , ramli ms

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel