suria

Achey buat ujian hormon ikhtiar dapat zuriat

PERNAH meluahkan rasa terkilan apabila dia dan isteri dikatakan mandul kerana belum dikurniakan cahaya mata, pelawak Achey kini lebih positif berhadapan isu berkenaan.

Malah Achey, 32, mengakui sudah menjalani ujian makmal bersama isterinya bagi menentukan tahap kesuburan masing-masing.

“Kami masih menunggu keputusan, kami juga sudah positifkan diri jika salah seorang daripada kami mengalami masalah.

“Kami terima seadanya, banyak lagi cara lain dan teknologi yang wujud masa kini,” katanya kepada mStar Online.

Achey ditemui ketika Tayangan Perdana Program Raya Astro 2018 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Isnin.

Achey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan ke lapan pada Isnin.

“Cahaya mata ni penyambung warisan, saya sudah berumur 32 tahun, takan nak sekolahkan anak di usia 42 tahun.

“Jadi usaha tetap ada, kalau tak dapat anak sendiri, mungkin anak angkat . Janji ada pelengkap dan penyeri dalam hidup kami Insyaallah,” ujarnya.

achey


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi