suria

Isu ‘influencer’ jadi pelakon… Osman Ali sedia beri peluang tapi kena ujibakat dulu - “Tak adil untuk orang yang lebih layak!”

SEBELUM ini industri hiburan tanah air kecoh apabila ada pihak mempertikaikan mengenai pembabitan personaliti media sosial atau influencer sebagai pelakon utama drama atau filem.

Isu ini turut menarik perhatian pengarah terkenal, Osman Ali yang berpendapat tidak salah jika wajah-wajah baharu ini diberi peluang membintangi drama atau filem tempatan, namun haruslah melalui proses ujibakat terlebih dahulu.

"Bagi saya setiap orang ada platform sendiri untuk memulakan langkah dalam industri, ada yang tak pernah berlakon pun tapi sekarang menjadi pelakon hebat.

ARTIKEL BERKAITAN: Followers ramai kayu ukur harga pelakon? Osman Ali anggap tak adil - “Jangan terikat dengan media sosial”

"Contohnya Remy Ishak, dia langsung tiada pengalaman berlakon sebelum ini. Dia bekerja dari sektor biasa dan saya masukkan diadalam bidang seni.

"Bagi saya penting utuk kita melihat bakat seseorang individu itu. Proses ujibakat itu penting, kita takkan ambil kalau tiada watak besar untuk seseorang pelakon itu... ambil pelakon dari ujibakat, mulakan dengan watak yang bersesuai dengan kebolehan dan bakat yang dia ada.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Apabila mengambil influencer tanpa melalui ujibakat, itu salah! Tidak adil bagi pihak lain yang sebenarnya lagi layak. Kita akan bagi watak pembantu dahulu, tapi kalau ada bakat dan potensi dan ramai followers nak tengok influencer pujaan mereka berlakon, barulah dipertimbangkan sekiranya bersesuaian," katanya.

Dalam perkembangan lain, drama terbaharu arahan Osman Ali berjudul Masih Ada Rindu lakonan Farid Kamil dan Mimi Lana sedang bersiaran di slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi